Friday 28 October 2011

Peribahasa dan Maksudnya -Part 4

Orang mengantuk disorongkan bantal
  • Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Otak batu
  • Bodoh
Otak cair
  • Pandai
Padang jarak padang tekukur
  • Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran
  • Cepat marah, sangat pemarah
Pandai makan pandailah simpan
  • Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
  • Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin
  • Bergaduh dengan tidak bercakap
Pijak semut tak mati
  • Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur
Pilih kasih
  • Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain
Pucuk dicita ulam mendatang
  • Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang
  • Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
Ringan mulut
  • Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
Ringan tulang
  • Rajin bekerja, tangkas
Ringan tulang berat perut
  • Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah
  • Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama
Sambil menyelam minum air
  • Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
  • Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
Sediakan payung sebelum hujan
  • Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
Seperti api dalam sekam
  • Sesuatu yang berlaku diam-diam
Seperti aur dengan tebing
  • Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
  • Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti kera sumbang
  • Orang yang takut mencampuri orang ramai
Tajam akal
  • Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik
Sudah terhantuk baru terngadah
  • Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan
Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
  • Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
Tangan kosong
  • Tidak membawa apa-apa
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
  • Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
Tangkai jering
  • Kedekut
Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
  • Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan
Tulang belakang
  • Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
Ukur baju dibadan sendiri
  • Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Umpama biawak bercabang lidah
  • Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
Umpama lebah membuang sengat
  • Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang
Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
  • Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
  • Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

No comments:

Post a Comment