Sunday 30 October 2011

KATA GANDA - LATIHAN 3

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang berikut.

pengawal-pengawal    calon-calon     piala-piala    penjenayah-penjenayah     laju-laju
     gerabak-gerabak    penghuni-penghuni   akhbar-akhbar   ranting-ranting    enak-enak
  1. ___________ bank itu berpakaian seragam.
  2. ___________ pokok itu sudah reput.
  3. ___________ peperiksaan tidak dibenarkan membawa apa-apa ke dalam dewan kecuali alat tulis.
  4. Berita tentang nahas jalan raya itu telah tersiar dalam ___________.
  5. ___________ lori itu sarat dengan barang dagangan.
  6. ___________ tinggal sehelai sepinggang kerana rumah mereka telah musnah dijilat api.
  7. ___________ itu dibuat daripada perak.
  8. ___________ itu telah ditangkap oleh polis.
  9. Memandu kereta dengan ___________ amatlah berbahaya.
  10. Masakan yang disajikan itu ___________ rasanya.  

                              Jawapan
  1. Pengawal-pengawal  bank itu berpakaian seragam.
  2. Ranting-ranting pokok itu sudah reput. 
  3. Calon-calon peperiksaan tidak dibenarkan membawa apa-apa ke dalam dewan kecuali alat tulis.
  4. Berita tentang nahas jalan raya itu telah tersiar dalam akhbar-akhbar.
  5. Gerabak-gerabak lori itu sarat dengan barang dagangan.
  6. Penghuni-penghuni  tinggal sehelai sepinggang kerana rumah mereka telah musnah dijilat api.
  7. Piala-piala itu dibuat daripada perak.
  8. Penjenayah-penjenayah itu telah ditangkap oleh polis.
  9. Memandu kereta dengan laju-laju amatlah berbahaya.
  10. Masakan yang disajikan itu enak-enak rasanya.  

No comments:

Post a Comment