Friday 28 October 2011

Peribahasa dan Maksudnya -Part 2

Cahaya mata
  • Anak
  • Kekasih, buah hati
Cakap besar
  • Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Campur tangan
  • Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
  • Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  • Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
Celik computer
  • Arif atau tahu tentang computer
Dalam tangan
  • Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama rugi
  • Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging
  • Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas
  • Pemarah, lekas marah
Darah seni
  • Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
  • Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
  • Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung
  • Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
  • Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

Durian rintuh
  • Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Enggang lalu ranting patah
  • Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Genggam bara biar sampai jadi arang
  • Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Goyang kaki
  • Bersenang-senang
Gunting makan di hujung
  • Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Habis madu sepah dibuang
  • Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
Hancur hati
  • Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
  • Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah
  • Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil
  • Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
  • Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
Hidup segan mati tak mahu
  • Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
  • Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

No comments:

Post a Comment