Friday 28 October 2011

Latihan simpulan Bahasa 2

Gantikan perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.
makan angkat,              lepas tangan,                keras hati, kera sumbang,              kata putus,               jatuh hati,             isi hati,
ikut jejak,                     ibu angkat,                     hati batu.
1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. (                     )
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. (                     )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. (                     )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. (                     )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggug? (                     )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.(                     )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. (                     )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, (                     ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.(                     )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. (                     )
           
                        Jawapan
1. Laki-laki yang kaya itu tidak menaruh belas kasihan terhadap orang miskin. (   lepas tangan    )
2. Abdullah baru datang ke kampung itu. Dia mengambil dan memelihara seorang wanita sebagai ibu sendiri. (  ibu angkat     )
3. Abang Kim Seng hendak mengikut contoh ayahnya. (    ikut jejak     )
4. Kawan saya melahirkan perasaan yang terkandung dalam hati. ( isi hati   )
5. Sebab apakah ibu saudara kamu itu berasa tersinggung? (  jatuh hati     )
6. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai keputusan yang terakhir.(  kata putus    )
7. Jangan perdulikan budak itu dia memang seseorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain. ( kera sumbang   )
8. Abang Ah Meng memang mempunyai kemahuan yang keras, ( keras hati ) akhirnya dia berjaya menjadi jurutera.
9. Dalam pertengkaran itu, kami tidak campur tangan.( lepas tangan   )
10. Kawan saya yang berpangkat itu seseorang yang suka dipuji. (   makan angkat    )

No comments:

Post a Comment